SYARAT-SYARAT SOLAT
Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat
taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya
ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran
atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan
pekak.
6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada
mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan
kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang
bergantung kepadanya.
Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang
najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada
dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang
tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).
maklumat yang menarik untuk dikongsi bersama. tahniah
ReplyDelete