وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ ( سورة البقرة 43) Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Monday, 29 October 2012
Sunday, 28 October 2012
SEJARAH SOLAT 5 WAKTU
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan
oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah
Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul
bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam
a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara
pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat
sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua
rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari
kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi
Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya
dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan
Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan
dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus
a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi
Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan
kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut
iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada
Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke
atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu
hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa
a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu
sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
KELEBIHAN SOLAT
Ibadah Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh
Allah kepada Rasulullah SAW secara lansung atau terus tanpa perantaraan Jibril
a.s. sepertimana yang telah kita ketahui di dalam peristiwa Isra' dan
Mikraj.Ini memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa ibadah solat adalah ibadah yang amat penting sehingga
Allah Taala mengangkat Rasulullah SAW sendiri kelangit untuk mengambil
kefardhuan solat seumpama seorang ketua memanggil pekerjanya ke dalam bilik
untuk memberikan tugasan yang amat penting.
Oleh yang demikian kita telahpun memahami dan meyakini
bahawa pengaruh atau kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu
besar terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah,
perpaduan dalam menuju keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara.
Kepentingan dan hikmah solat kepada orang-orang Islam yang beriman, di
antaranya ialah:
1)Solat Untuk
Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Sungguh aku ini Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan
dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T.
Berdasarkan maksud ayat ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa
mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain untuk kita hamba yang beriman ini
untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan hanya menunaikan
solat.Justeru,orang Islam yang tidak menunaikan solat sebenarnya adalah orang
yang tidak mengakui Allah itu tuhan yang patut disembah.Malah mereka ini adalah
golongan yang telah menipu terhadap pengakuan di dalam syahadah dan ikrar mereka.Orang Islam yang mengingati
Allah,maka Allah akan sentiasa mengingati mereka seperti firman Allah Taala
yang bermaksud:
"Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat
kepadamu."(Ayat 152:Surah al-Baqarah)
2)Tanda pengabdian
dan syukur kepada Allah Azzawajalla.
Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang
hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan
kepada kita. Firman-Nya:
Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu(Muhammad saw)
nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan
berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”. (S.
Al-Kautsar: 1-2).
Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana
cara dia mengucapkan syukur kepada Allah Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap
ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat.Sesungguhnya orang
yang meninggalkan solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan
sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.
3)Hikmah Solat Dalam
Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya
adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya
dosa-dosa besar”. (HR Muslim).
Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil.Sebagai
manusia biasa kita tidak akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa.Mata kita
mungkin telah terlihat perkara mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu
yang tidak berhak diperkatakan,begitu
juga kepada anggota-angota yang lain yang melakukan kemungkaran.Maka melalui
solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah ,kita dapat meminta keampunan dan memadamkan
dosa-dosa lalu.Sesuungguhnya orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan
yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah.
4)Sembahyang Mencegah
Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S.
Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat
mendirikan solat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.Kita mesti yakin
bahawa solat yang ikhlas dan diterima Allah Taala itu mampu menjadi benteng diri dari perbuatan
keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.Orang Islam yang tidak menunaikan solat
amat mudah diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melakukan perkara keji
dan mungkar.Sekiranya kita mengamati waktu-waktu solat yang telah diwajibkan
kepada kita iaitu Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak akan menyebabkan kita
merasakan tidak ada ruang untuk membuat kemungkaran kerana hampir setiap masa
dan ketika kita mendekati Allah
Azzawajalla.
Sesungguhnya amat banyak hikmah solat dalam kehidupan kita
seharian.Selain hikmah yang disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik
umat Islam menjadi pengurus yang baik,mampu membentuk disiplin dan mencintai
ilmu.Hikmah di atas belum lagi menyentuh berkenaan hikmah solat dari sudut
sains dan kesihatan.
Saturday, 6 October 2012
RUKUN SOLAT
Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat
dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas
rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli.
§ Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada
perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud
hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
§ Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu
berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan)
adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota
badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
§ Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu
berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata)
adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.
§
|
No.
|
Rukun
|
Kategori
|
No.
|
Rukun
|
Kategori
|
|
1
|
Niat
|
Qalbi
|
8
|
Duduk antara dua sujud
|
Fi'li
|
|
2
|
Berdiri betul
|
Fi'li
|
9
|
Duduk tahiyat Akhir
|
Fi'li
|
|
3
|
Takbiratul ihram
|
Qauli
|
10
|
Bacaan tahiyat akhir
|
Qauli
|
|
4
|
Qauli
|
11
|
Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
|
Qauli
|
|
|
5
|
Rukuk
|
Fi'li
|
12
|
Salam
|
Qauli
|
|
6
|
I'tidal
|
Fi'li
|
13
|
Tertib
|
Qalbi
|
|
7
|
Sujud
|
Fi'li
|
Subscribe to:
Comments (Atom)
